Bahan-bahan
500 g mentega
300 g gula perang
350 g tepung gandum
2 camca besar serbuk penaik
0.5 camca teh rempah kek
0.5 camca teh garam halus
1 camca besar jus oren
200 g badam cincang
4 kotak campuran buah-buahan (1500 g)
250 g coklat buku (dicairkan)
10 biji telur
Kaedah Menyediakan
1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
2. Masukkan telur dan dipukul sedikit. Seterusnya diikuti dengan tepung, jus oren, badam dan buah-buahan campuran. Gaulkan adunan hingga rata.
3. Tuangkan coklat cair yang telah disejukkan terlebih dahulu, kacau lagi hingga sebati.
4. Lenserkan dua tin pembakar (tin loaf) dengan marjerin cair dan tuangkan adunan kek.
5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 150 darjah celcius selama 1 jam. Kurangkan suhu kepada 135 darjah celcius selama setengah jam lagi.