Kek Glis Marmalad

Bahan-bahan

300 g mentega
100 g kacang tanah
6 biji kuning telur
6 biji putih telur
140 g gula kastor
1/4 camca teh esen vanila
120 g tepung gandum
80 g tepung jagung
Secubit garam - diayak bersama
1 camca besar serbuk roti

Untuk Glis

3 camca besar oren marmalad
1 camca besar air
1 camca besar jus oren

*dijerang di atas api sederhana selama 3 minit

Kaedah Menyediakan

1. Kacau kuning telur, parutan kulit oren, mentega, esen vanila dan kacang sehingga rata.
2. Pukul putih telur bersama-sama gula sehingga agak keras.
3. Masukkan adunan putih telur dan dikacau sedikit sebelum mencampurkan tepung. Gaulkan adunan sehingga sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam tin yang telah dilenserkan dengan marjerin cair dan ditabur dengan serbuk roti.
5. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 190 darjah celcius selama 45 minit.
6. Sejukkan kek selama lima minit sebelum diglis dengan marmalad panas.